Monday, October 25, 2010

~~QIAMULLAIL SEKAMPUNG~~

~Program Qiamullail Sekampung bakal tiba~


Insyaallah dalam perancangan, Amal GP bercadang untuk mengadakan Program Ibadah malam bersama penduduk di sekitar Masjid Intan Abu Bakar Taman Teratai.

Sasaran asal program adalah dikalangan anak-anak muda terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, seluruh penduduk berdekatan khasnya penduduk Taman Pulai Utama adalah ama-amat dialu-alukan untuk hadir bersama.

Amal GP akan cuba menyediakan beberapa bentuk pengisian motivasi yang santai sebagai makanan minda dan jiwa buat anak muda. Amal GP melihat bahawa persiapan teknikal semata-mata tidak mampu mencipta kejayaan besar jika tidak disertakan dengan persiapan rohani.

Program dijangka bermula sekitar awal jam 10.00pm dan berakhir keesokan paginya 8.00am.

Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik bakal dijalankan bagi memeriahkan lagi program.

Semoga program yang dirancang ini berjalan dengan baik. Kerjasama seluruh warga Taman Teratai dan ahli jemaah Masjid Intan Abu Bakar amat kami hargai~


No comments:

Post a Comment